About Me

Bakal meninggalkan dunia kanak-kanak dan terus melompat ke alam dewasa tanpa melalui dunia remaja.  Amat mustahil untuk dipercayai kerana sedang menjalani proses pemulihan kekeliruan identiti umur. Amat berbesar hati sekiranya ada orang sudi share setiap hasil penulisan yang tidak seberapa di blog ini.
Berasal dari Malaysia dan tidak pernah bercita-cita untuk sambung belajar di overseas kerana di negara sendiri juga malas ingin belajar.Tapi oleh kerana terlalu banyak sangat halangan dan penipuan, terpaksa menyambung pengajian untuk mengelakkan diri dari ditipu oleh orang yang memiliki Master dalam menipu meskipun terpaksa berperang dengan ayah selama 3 hari kerana dipaksa menerima tawaran menyambung pengajian. Sebab utama malas untuk menyambung pengajian adalah kerana kurangnya kesedaran terhadap peningkatan umur pada masa hadapan.
Tinggal di tempat yang bersempadan dengan Singapura. Penyokong biasa-biasa JDT sahaja kerana seorang yang kaki bangku.