Sabtu, 28 September 2013

Kenangan Budak Hostel

KALA waktu petang ni tiba-tiba jiwa rasa sentimental terimbau kenangan duduk hostel dulu. Ni semua pasal penangan movie Lagenda Budak Hostel yang aku tengok 2 minggu lepas ni. Kisah bermula pada suatu malam...

       Aku dah naik katil nak tidur tetapi kawan aku pulak panggil tiba-tiba. Aku turunlah bual-bual dengan dia dan tiba-tiba seorang senior bersuara, "awak, tolong amekkan air kat dining. Cuci sekali botol ni ye", dengan muka selamba. Memang adat budaya hostel ni suruh junior ambilkan apa-apa aja la benda yang jauh berteraskan alasan tolong menolong.

       Dengan hati panas aku pun turun dari tingkat 3 asrama ke dewan makan ambilkan air. Mereka sempurna tanpa cacat cela tapi memperalatkan orang untuk mendapatkan apa yang dihajati. Penindasan. Otakku ligat berfikir dalam kegelapan malam apa perlu aku lakukan untuk hilangkan rasa sakit hati ini. OK dapat!


       Masa cuci botol tu dengan berjampi serapah aku pun ludah la sikit dalam botol dia. Botol ke-2 pulak aku taruk pasir. Sikit je nanti banyak dia perasan. Mission complete. Aku pun membawa semula botol-botol yang penuh muatan air beresepi rahsia ke tuan empunya. Tersenyum lebar dia sambil mengucapkan terima kasih.

       Dalam hidup ni kalau kau tak buat sesuatu dan percaya bulat-bulat apa orang cakap tanpa selidik, selama-lamanya kau akan ditindas.

Bila kita tahu taktik untuk pedajal orang, kita akan lebih perihatin dengan perkara-perkara kecil. Jadi, aku membesar menjadi seorang senior yang jarang membuli junior. Sikit-sikit biasa la tu. Kehidupan hostel memberi aku pengertian mengapa setiap pekerjaan perlu bermula dari bawah.



p/s: part paling best time budak tu minum air tu depan aku..hehehe