Rabu, 10 Julai 2013

Puasa Pada Perspektif Aku

SETELAH berbulan-bulan kita nantikan Ramadhan ini, akhirnya sekali lagi ia datang dalam hidup kita.  Bersyukur ke hadrat ilahi kerana  bersama-sama kita dapat bertemu dengan bulan umat Islam ini lagi. Masa melantak 24 jam dah sampai limit.

       Puasa akan bermula esok. Belum pun bepuasa ada sesetengahnya sudah siap persiapan baju raya yang cantik-cantik. Lagu-lagu raya pun dah kedengaran juga. Meriah betul nak puasa ni. 

       Cakap pasal puasa, automatik fikiran aku akan teringat pasal makanan. Macam -macam  makanan favorite dan tak favorite aku akan dijual. Ada puding, nasi berlauk, ayam percik, kuih-muih, murtabak dan semestinya favorite utama aku, agar-agar. Banyak la lagi yang aku tak ingat nak sebut. Nak ala-ala western pun boleh. Paling kecur air liur bila tengok brader-brader masak kat tapak bazar Ramadhan. Dua-dua bikin kecur air liur. Tak kurang juga kakak-kakak serta makcik-makcik yang akan tersenyum-senyum bila aku menepek kat gerai dia walaupun tak beli. Almaklumlah rakyat Malaysia ramah mesra....

       Bulan puasa ni juga lah perbelanjaan meingkat lebih sedikit berbanding bulan-bulan yang lain. Semua pakat-pakat nak makan sedap lepas berlapar di siang hari.
agar-agar santan yang awesome!!!
       Yang penting, jangan sampai makanan yang dibeli sampai tak termakan. Nanti tak pasal-pasal jadi pengganti setan yang sedang dibelenggu tu. Makan biar berpada-pada, jangan sampai terlepas Maghrib sudah.


p/s: Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila-silalah tinggal link blog anda untuk dijejaki :)