Khamis, 4 Julai 2013

Dialah Ayah Itu

AWAN  petang yang mendung menitiskan titisan hujan renyai-renyai. Tadi lebat sewaktu aku di dalam kelas. Kedinginan petang terubat dengan kehadiran kue tiau hong kong yang suam-suam panas. Ayah aku yang ajar makan kue tiau hong kong ni. Sedap.

       Petang tadi keluar ke bandar. Baru nak bayar yuran. Hari ini last. Nasib baik sempat. Ada juga brother sister yang senasib dengan aku di Bank Islam tadi. Tiba-tiba ayah telefon semasa berurusan dengan abang bertali leher. Aku pun angkat call dia.


       Tak suka ayah. Aku dah besar, ada ideologi sendiri, dah pandai melawan. Selalu sakit hati dengan dia bila kalah berdebat. Itu saja sebab aku tak suka dia. Banyak kegemaran kami kongsi bersama. Agak susah untuk mencari teman yang berkongsi minat yang sama. Tapi aku tak susah. Aku beruntung ada ayah yang sporting. Dulu selalu main teka-teki nama ibu negeri di negara-negara jiran. Tapi kini aku tak suka lagi sebab ayah dah hafal soalan yang aku tak boleh jawab.  Tadi bila dengar suara dia di hujung talian tadi aku rasa tenang. Masalah kewangan untuk beberapa hari terasa ringan. Itulah aura suara ayah. Tak pasti samada dia guna ayat penenang jauh sekali pil penenang.

       Kepada sesiapa yang ada ayah, hargailah ayah anda. Tiada kalkulator yang boleh kira berapa tahun, bulan, hari, jam, minit atau saat lagi kita boleh bersuara menyebut 'ayah'. Kepada para wanita, carilah lelaki yang boleh menjadi ayah kepada anak-anak dan bukan hanya untuk kepentingan diri semata. Kepada kaum Adam, anda yang menentukan persepsi masyarakat terhadap gelaran ayah.

p/s:ayah aku time muda-muda rock, aku rock dia geleng kepala aje tapi tak marah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila-silalah tinggal link blog anda untuk dijejaki :)