Jumaat, 21 Jun 2013

Batuk vs Jerebu

MASUK hari ini, hampir 2 minggu aku dijangkiti penyakit tipikal manusia semesta alam iaitu selsema & batuk.  Mulanya aku cuma sakit tekak biasa-biasa je, rasa time tu belum muncul kes jerebu yang ketara sekarang ni. Macam biasa, aku memang tak makan ubat-ubatan doktor ni. Cuma strepsils yang setia merasa tekak aku ni. Yang penting tak merosakkan gigi. geeee

        Sebenarnya aku ni tersangatlah ketinggalan zaman kerana tak mengikuti berita semasa. Asal aku jalan je nampak orang pakai mask aku pelik. Rupanya jerebu. Ingat rommates aku main api.  Puihhh!!!

warna traffic light pon kabur 
        Starting today, jerebu semakin ketara kelihatan di bumi Segamat ni sampai sakit mata aku. Next week kena la pakai cermin mata balik, pakai contact lens membuatkan  mata aku pedih berkesat-kesat akibat campuran debu-debu sumbangan terbesar dari negara jiran kita, Indonesia.

       Semua rommates aku dah terima bahana, aku yang hampir baik demam turut bentan. Kahak hijau berlarutan entah sampai bilakah. Nak balik Pasir Gudang, dah kena blacklist pasal Jerebu paling teruk kat situ sampai sekolah-sekolah ditutup. Elak accident je driver bus pasal nak hantar aku balik. Mak aku dah selamat melarikan diri ke negeri di utara meninggalkan anaknya bergelumang dengan kabus overseas di Johor.

       Aku yang takde mask terpaksa menutup hidung dengan sapu tangan. Aku tengok orang lain relax je menghirup udara tercemar tanpa mask. Padahal tekak dah berkahak dan tahi hidung dah bertepek-tepek.


Mask famous yang tak sesuai untuk perlindungan jerebu~

p/s: Utamakan kesihatan anda. Badan nak pakai lama.