Rabu, 27 Februari 2013

Cerita Aku dan BB1M

KEPADA semua student-student ipta/ipts dan pra universiti mesti ada dapat baucar buku yang special diberi oleh PM kita sekarang ni.  Jangan lepaskan peluang anda semua ambil dan gunakan lah baucar ini ye. Orang da bagi tu ambil je la.. :)

   Berbalik pada tajuk asal, aku sebenarnya belum guna keseluruhan lagi baucar ini.  Cuma terusik RM50 ja. Tu pun sebab perjanjian sebagai pertukaran dengan komplot aku yang sudi mengganti aku dalam lawatan  penanda aras ke UiTM Lendu pada sabtu dan ahad lepas . Biasa la program-program hujung semester ni memang susah nak dapat sambutan sebab test, quiz memang berderet-deret. Sampai ada jadual test aku next week, 2 test dalam 1 hari:-finance & malaysian economic. TERBAIK!!!

  Jadi mari kita baca flow seterusnya...
Aku pun keluar lah ke bandar Isnin lepas bagi menjayakan penggunaan baucar buku komplot aku ni. Rupa-rupanya dia cashkan baucar aku. Tak banyak chargenya. RM50 sahaja. Dia kata nak cashkan di bank, tak diterima. Jadi ini lah langkah mudah, pantas, dan efficient..Tapi benarkah??? 

  Kami masuk kedai buku. Tanya harga2 semua taukeh nak jual mahal kalau beli guna baucar. Last2 memang aku tak beli pon. Cekik darah je. Kira aku cuma teman komplot aku je la beli barang. Nak beli barang pun, kedai ni dah tetapkan berapa banyak hang boleh guna untuk buku, stationary & apa-apa ntah lagi. Kedai yang menetapkan kadar penggunaan ni termasuklah Popular, kedai feberet aku. Baru berangan nak beli compilation komik Under 18. Nak guna untuk buku next sem, tak sempat. Nak beli gitar, parents tak support cita-cita murni aku ni. Barang-barang lain aku da borong last sem. Adakah baucar aku akan terkubur begitu sahaja seperti ** yang bakal berkubur nanti???


p/s: boleh beli dress guna BB1M x?