Sabtu, 28 September 2013

Kenangan Budak Hostel

KALA waktu petang ni tiba-tiba jiwa rasa sentimental terimbau kenangan duduk hostel dulu. Ni semua pasal penangan movie Lagenda Budak Hostel yang aku tengok 2 minggu lepas ni. Kisah bermula pada suatu malam...

       Aku dah naik katil nak tidur tetapi kawan aku pulak panggil tiba-tiba. Aku turunlah bual-bual dengan dia dan tiba-tiba seorang senior bersuara, "awak, tolong amekkan air kat dining. Cuci sekali botol ni ye", dengan muka selamba. Memang adat budaya hostel ni suruh junior ambilkan apa-apa aja la benda yang jauh berteraskan alasan tolong menolong.

       Dengan hati panas aku pun turun dari tingkat 3 asrama ke dewan makan ambilkan air. Mereka sempurna tanpa cacat cela tapi memperalatkan orang untuk mendapatkan apa yang dihajati. Penindasan. Otakku ligat berfikir dalam kegelapan malam apa perlu aku lakukan untuk hilangkan rasa sakit hati ini. OK dapat!


       Masa cuci botol tu dengan berjampi serapah aku pun ludah la sikit dalam botol dia. Botol ke-2 pulak aku taruk pasir. Sikit je nanti banyak dia perasan. Mission complete. Aku pun membawa semula botol-botol yang penuh muatan air beresepi rahsia ke tuan empunya. Tersenyum lebar dia sambil mengucapkan terima kasih.

       Dalam hidup ni kalau kau tak buat sesuatu dan percaya bulat-bulat apa orang cakap tanpa selidik, selama-lamanya kau akan ditindas.

Bila kita tahu taktik untuk pedajal orang, kita akan lebih perihatin dengan perkara-perkara kecil. Jadi, aku membesar menjadi seorang senior yang jarang membuli junior. Sikit-sikit biasa la tu. Kehidupan hostel memberi aku pengertian mengapa setiap pekerjaan perlu bermula dari bawah.



p/s: part paling best time budak tu minum air tu depan aku..hehehe



Rabu, 10 Julai 2013

Puasa Pada Perspektif Aku

SETELAH berbulan-bulan kita nantikan Ramadhan ini, akhirnya sekali lagi ia datang dalam hidup kita.  Bersyukur ke hadrat ilahi kerana  bersama-sama kita dapat bertemu dengan bulan umat Islam ini lagi. Masa melantak 24 jam dah sampai limit.

       Puasa akan bermula esok. Belum pun bepuasa ada sesetengahnya sudah siap persiapan baju raya yang cantik-cantik. Lagu-lagu raya pun dah kedengaran juga. Meriah betul nak puasa ni. 

       Cakap pasal puasa, automatik fikiran aku akan teringat pasal makanan. Macam -macam  makanan favorite dan tak favorite aku akan dijual. Ada puding, nasi berlauk, ayam percik, kuih-muih, murtabak dan semestinya favorite utama aku, agar-agar. Banyak la lagi yang aku tak ingat nak sebut. Nak ala-ala western pun boleh. Paling kecur air liur bila tengok brader-brader masak kat tapak bazar Ramadhan. Dua-dua bikin kecur air liur. Tak kurang juga kakak-kakak serta makcik-makcik yang akan tersenyum-senyum bila aku menepek kat gerai dia walaupun tak beli. Almaklumlah rakyat Malaysia ramah mesra....

       Bulan puasa ni juga lah perbelanjaan meingkat lebih sedikit berbanding bulan-bulan yang lain. Semua pakat-pakat nak makan sedap lepas berlapar di siang hari.
agar-agar santan yang awesome!!!
       Yang penting, jangan sampai makanan yang dibeli sampai tak termakan. Nanti tak pasal-pasal jadi pengganti setan yang sedang dibelenggu tu. Makan biar berpada-pada, jangan sampai terlepas Maghrib sudah.


p/s: Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan...

Khamis, 4 Julai 2013

Dialah Ayah Itu

AWAN  petang yang mendung menitiskan titisan hujan renyai-renyai. Tadi lebat sewaktu aku di dalam kelas. Kedinginan petang terubat dengan kehadiran kue tiau hong kong yang suam-suam panas. Ayah aku yang ajar makan kue tiau hong kong ni. Sedap.

       Petang tadi keluar ke bandar. Baru nak bayar yuran. Hari ini last. Nasib baik sempat. Ada juga brother sister yang senasib dengan aku di Bank Islam tadi. Tiba-tiba ayah telefon semasa berurusan dengan abang bertali leher. Aku pun angkat call dia.


       Tak suka ayah. Aku dah besar, ada ideologi sendiri, dah pandai melawan. Selalu sakit hati dengan dia bila kalah berdebat. Itu saja sebab aku tak suka dia. Banyak kegemaran kami kongsi bersama. Agak susah untuk mencari teman yang berkongsi minat yang sama. Tapi aku tak susah. Aku beruntung ada ayah yang sporting. Dulu selalu main teka-teki nama ibu negeri di negara-negara jiran. Tapi kini aku tak suka lagi sebab ayah dah hafal soalan yang aku tak boleh jawab.  Tadi bila dengar suara dia di hujung talian tadi aku rasa tenang. Masalah kewangan untuk beberapa hari terasa ringan. Itulah aura suara ayah. Tak pasti samada dia guna ayat penenang jauh sekali pil penenang.

       Kepada sesiapa yang ada ayah, hargailah ayah anda. Tiada kalkulator yang boleh kira berapa tahun, bulan, hari, jam, minit atau saat lagi kita boleh bersuara menyebut 'ayah'. Kepada para wanita, carilah lelaki yang boleh menjadi ayah kepada anak-anak dan bukan hanya untuk kepentingan diri semata. Kepada kaum Adam, anda yang menentukan persepsi masyarakat terhadap gelaran ayah.

p/s:ayah aku time muda-muda rock, aku rock dia geleng kepala aje tapi tak marah.

Jumaat, 21 Jun 2013

Batuk vs Jerebu

MASUK hari ini, hampir 2 minggu aku dijangkiti penyakit tipikal manusia semesta alam iaitu selsema & batuk.  Mulanya aku cuma sakit tekak biasa-biasa je, rasa time tu belum muncul kes jerebu yang ketara sekarang ni. Macam biasa, aku memang tak makan ubat-ubatan doktor ni. Cuma strepsils yang setia merasa tekak aku ni. Yang penting tak merosakkan gigi. geeee

        Sebenarnya aku ni tersangatlah ketinggalan zaman kerana tak mengikuti berita semasa. Asal aku jalan je nampak orang pakai mask aku pelik. Rupanya jerebu. Ingat rommates aku main api.  Puihhh!!!

warna traffic light pon kabur 
        Starting today, jerebu semakin ketara kelihatan di bumi Segamat ni sampai sakit mata aku. Next week kena la pakai cermin mata balik, pakai contact lens membuatkan  mata aku pedih berkesat-kesat akibat campuran debu-debu sumbangan terbesar dari negara jiran kita, Indonesia.

       Semua rommates aku dah terima bahana, aku yang hampir baik demam turut bentan. Kahak hijau berlarutan entah sampai bilakah. Nak balik Pasir Gudang, dah kena blacklist pasal Jerebu paling teruk kat situ sampai sekolah-sekolah ditutup. Elak accident je driver bus pasal nak hantar aku balik. Mak aku dah selamat melarikan diri ke negeri di utara meninggalkan anaknya bergelumang dengan kabus overseas di Johor.

       Aku yang takde mask terpaksa menutup hidung dengan sapu tangan. Aku tengok orang lain relax je menghirup udara tercemar tanpa mask. Padahal tekak dah berkahak dan tahi hidung dah bertepek-tepek.


Mask famous yang tak sesuai untuk perlindungan jerebu~

p/s: Utamakan kesihatan anda. Badan nak pakai lama.

Jumaat, 1 Mac 2013

Assignment Bersama 9GAG

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya apa yang aku cuba sampaikan.  Gambar ni adalah salah satu gambar assignment aku untuk subjek marketing (MKT243). 

   Ini sebenarnya storyboard group aku. Ini kira jalan cerita la nak tunjuk pada lecture. Tapi presentation da lepas da.



   Inilah storyboard terakhir setelah di touch-up utuk presentation. Sebenarnya aku main lukis je, tak sangka pulak jadi. Cuma gambar troller je yang aku tekup. Susah la nak lukis kedut-kedut tu. Tak ada idea nak lukis apa, 9GAG jadi model..
   Aku ingatkan silibus subjek-subjek di universiti  ni da tak payah lukis-lukis (kecuali budak Arts)  macam budak sekolah tapi rupa-rupanya ada juga. Nasib baik skill melukis aku yang tak seberapa ni masih ada dalam 65%. Ok la tu dari tak ada..hehe

   Jadi, ke mana pon kita berada, jangan la tinggalkan kenangan terhadap skill-skill yang pernah kita ada. Tak mustahil kita akan gunakan kembali selagi hayat di kandung badan.

p/s: setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebab itu kita tak boleh hidup sorang-sorang kerana kita saling melengkapi :)

Rabu, 27 Februari 2013

Cerita Aku dan BB1M

KEPADA semua student-student ipta/ipts dan pra universiti mesti ada dapat baucar buku yang special diberi oleh PM kita sekarang ni.  Jangan lepaskan peluang anda semua ambil dan gunakan lah baucar ini ye. Orang da bagi tu ambil je la.. :)

   Berbalik pada tajuk asal, aku sebenarnya belum guna keseluruhan lagi baucar ini.  Cuma terusik RM50 ja. Tu pun sebab perjanjian sebagai pertukaran dengan komplot aku yang sudi mengganti aku dalam lawatan  penanda aras ke UiTM Lendu pada sabtu dan ahad lepas . Biasa la program-program hujung semester ni memang susah nak dapat sambutan sebab test, quiz memang berderet-deret. Sampai ada jadual test aku next week, 2 test dalam 1 hari:-finance & malaysian economic. TERBAIK!!!

  Jadi mari kita baca flow seterusnya...
Aku pun keluar lah ke bandar Isnin lepas bagi menjayakan penggunaan baucar buku komplot aku ni. Rupa-rupanya dia cashkan baucar aku. Tak banyak chargenya. RM50 sahaja. Dia kata nak cashkan di bank, tak diterima. Jadi ini lah langkah mudah, pantas, dan efficient..Tapi benarkah??? 

  Kami masuk kedai buku. Tanya harga2 semua taukeh nak jual mahal kalau beli guna baucar. Last2 memang aku tak beli pon. Cekik darah je. Kira aku cuma teman komplot aku je la beli barang. Nak beli barang pun, kedai ni dah tetapkan berapa banyak hang boleh guna untuk buku, stationary & apa-apa ntah lagi. Kedai yang menetapkan kadar penggunaan ni termasuklah Popular, kedai feberet aku. Baru berangan nak beli compilation komik Under 18. Nak guna untuk buku next sem, tak sempat. Nak beli gitar, parents tak support cita-cita murni aku ni. Barang-barang lain aku da borong last sem. Adakah baucar aku akan terkubur begitu sahaja seperti ** yang bakal berkubur nanti???


p/s: boleh beli dress guna BB1M x?