Jumaat, 12 Oktober 2012

Comel Tapi Bahaya

CUBA tengok beruang ni.  Memang comel. Tapi boleh mencederakan dan membunuh.  Luaran yang comel tak melambangkan sikap dalaman.  Aku pun kadang-kadang terfikir kenapa teddy bear menjadi favourite  manusia-manusia kat dunia ni termasuk lah aku.



beruang ni buat free show





Bayangkan jika ada seekor beruang  memeluk  anda  sebegini  sambil  posing  maut  memandang  kamera..




Macam  awek  dalam  gambar  ni  pun  luaran memang cun  melecun  habis  tapi korang  yakin  ke  dia  tak  ganas  macam  beruang  yang  comel  lottey tu ?



Oppa  Bea-Bea  Style

p/s:  beruang apesis-spesis ni takde kat Malaysia.







Sabtu, 29 September 2012

Cupcakes Yang Comel

WAKTU petang-petang macam ni memang nyaman. Udara  segar  lagi  nyaman  ditambah  pulak  dengan tea time  dengan  cupcake  yang  kiut  miut. Ni ada  gambar  cupcake  yang  dapat  aku  rembat  dari  usaha  cari-cari  gambar di  Google.












p/s: nak ngap semua perut tak muat pulak..

Rabu, 1 Ogos 2012

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


       Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
sekadar hiasan

       Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 

       Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. 

       Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

       Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. 

p/s: mulakan dengan  Bismillah , sudahi dengan Alhamdulillah.  

Jumaat, 27 Julai 2012

Dulu, Kini & Selamanya

LAMA. Itu la yang boleh aku cakap pasal blog ni. Lama tak update sampai lupa password. After this semua password kena letak kat sticky note tapi privacy tetap kena maintain. Nanti tak pasal-pasal kene hack kecoh update status kat facebook. Ahakz..

   Sekarang sangat busy. Test, quizes, assignment memang almost dekat-dekat. Kalau dulu hidup aku happy je. Banyak masa lapang, memang kene dengan life sekarang 'lapang sebelum sempit'. Kan dah sempit masa aku sekarang sampai tersepit-sepit bertarung waktu yang tak sampai pun 24 jam sehari nak settel banyak perkara. Hidup bukan macam  dulu lagi, fikir diri sendiri je, sekarang banyak diri aku kene fikir, banyak manusia kene jaga dan paling banyak sekali beratus-ratus tomahan/umpatan/cacian/makian/umpatan nganjengan yang dilempar terhadap kami..eww, kami okey, bukan aku sorang je yang terjebak.

   Nak cerita pasal penat, tak payah cakap la. Huhu. Aku sendiri yang secara sukarela menjebakkan diri ke lembah ini. Nasib baik ada pembantu berbanding kawan-kawan aku yang lain terpaksa urus semua perkara sendiri. Manusia hanya merancang, namun hanya Allah yang menentukan . Tapi sibuk macam mana pun hidup, jangan sampai mengabaikan makanan terhadap rohani diri sendiri.

p/s: nak manjakan diri kat spa pun tak sempat..ciss

Selasa, 24 Januari 2012

Cara Dia Menyembunyikan Perasaannya

MALAM seperti biasa..tiba-tiba seorang teman datang dan mengadu matanya pedih..rupanya sebab dia masukkan sabun kedalam matanya..mungkin kedengaran tindakannya bodoh tapi aku paham..




   Dia saja nak merahkan mata dia untuk menyembunyikan kesedihan dia..aku tau walaupun sangat sedih perasaan aku, cerita dia lagi sedih..memang kalau kita sedih, ada orang yang lagi kurang benasib baik..

p/s; sedih bas lambat lagi..erm..