Isnin, 18 Julai 2011

BAGAIMANA UNTUK SELAMATKANNYA???

SEPANJANG hidup aku kat tempat baru ni yang belum sampai 3 bulan, dah macam2 perangai manusia aku jumpa..oleh sebab malas aku nak bebel panjang, kita straight to the point kat perenggan berikutnya..

Aku ada sorang kawan(ramai sebenarnya tapi ni cerita pasal dia) bernama si comel(bukan nama sebenar)..kalau siapa je tengok bloglist aku ni memang tau la aku ni fahaman apa..nak jadi cerita si comel ni tertengok bloglist aku masa aku tengah layan blog..pulak tajuk memang kaw2 punye..pastu dia pun cakap macam2..aku pun explain sikit dengan dia tapi cara aku tak menyebelahi mana2 pihak..lakonan..ahakz..

Lagi satu hal, dia ni memang minat politik..aku tak minat sangat politik tapi aku amek tahu gak la..pulak dia ni kalau aku silap cakap dia sempang masuk politik..kutuk ****** kaw2..aku diam malas nak perang mulut..

Sampai beberapa hari lepas sebelum cuti, entah apa yang aku silap cakap sampai dia simpang masuk politik macam biasa..siap cakap "aku minat politik"..dah tu, aku tanya dia," betulkah?"..dia angguk..aku pun try susun ayat"kalau kau minat politik kau mesti tau siape sebenarnya yang betul kan?" tanya aku sambil bermain-main dengan ikan laga aku( bawak pergi kolej tau)..yang aku terperanjat dia angguk..lepastu dia cakap kenapa dia sokong..sebab bagi bapak dia banyak projek la, ape lagi la..aku pun dengar dan angguk je..

Tapi lepastu aku terfikir..sanggup jugak manusia ni menyorok kebenaran demi kepentingan sendiri..dah tu siap provoke sana sini..budak bawah umur pun dah terikut-ikut dengan sikap pemimpin yang nohorom ni..ape agaknya nasib masa depan..haish..kenapa aku sibuk pikir benda puaka ni..haish!!!

p/s: nampak budak2 sekarang ni tak senonoh cakap gambaran pemimpin masa depan la, ape bagai..tapi pemimpin sekarang dah bagi contoh..huahuahua...

2 ulasan:

  1. sokong yg ni *.sanggup jugak manusia ni menyorok kebenaran demi kepentingan sendiri.

    BalasPadam

sila-silalah tinggal link blog anda untuk dijejaki :)