Rabu, 11 Mei 2011

HMMM..DAH LEPAS GIAN

AKU bahagia hari ini disebabkan 2 perkara..

pertama..
tadi aku pergi Bank Islam nak bukak akaun untuk UiTM..dipendekkan cerita, aku pun duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu permohonan diproses..duduk di kerusi..duduk di kerusi..aku tahan je, pakcik sebelah aku ni duduk tak reti diam..dia goyang-goyang kaki dia..aku sakit hati sebab aku pun bergegar jugak!! Jadi aku mengambil inisiatif untuk menegurnya secara berhemah tapi aku tak tau bagaimana..aku ni pemalu..jadi aku pun gegarkanlah kaki aku lagi kuat bertujuan biar dia terganggu dan stop gegar kaki dia!!biar dia faham la kononnya..tapi dia gegar lagi kuat pulak..perghhh!! Berasap gila aku..aku pun gegar lagi kuat..hahaha..lepastu dia bangun..hahaha..pergi kaunter sebab nama anak dia kena panggil..rasa macam akan satu kampus dengan aku je anak dia tu..err..yang penting aku suka dah tiada ganguan gempa bumi kecil..huh!!

kedua..
mak aku dapat surat pasal akaun bank aku..katanya umur aku hampir 18 tahun dan nama mak aku secara automatik akan bertukar kepada nama aku..tapi sedikit sahaja..gembira, tapi..aku taknak jadi dewasa..orang dewasa banyak masalah,banyak fitnah,banyak rasuah,banyak hipokrit,banyak kontroversi,banyak tanggungjawab,banyak menindas dan banyak lagi..aku taknak terjebak ke alam dewasa..takut..kalau aku tak matang pun takpe sebab aku bukan calon perdana menteri..haha..

Aku sebenarnya tak tahu cara berhemah nak tegur orang..yang aku tahu menganjeng orang..aku rasa aku perlu berubah..kalau siapa-siapa yang boleh bagi idea cara berhemah nak tegur kesilapan orang ajar lah aku..

p/s: balik singganh makan mee hoon sup :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila-silalah tinggal link blog anda untuk dijejaki :)