Selasa, 3 Mei 2011

APA KESIMPULAN BERITA OSAMA BIN LADEN?

KECOH hari ini di dada-dada akhbar serta internet tak lupa juga kepada blog-blog mengenai kematian Osama Laden..juga,ramai tertanya-tanya mengenai kesahihan berita ini..tadi  aku nak ping entri pada gengblogger.com ada 2 entri sahaja (aku termasuk ) bukan mengenai kes Osama Laden di muka satu..memang panas..
Aku malas nak mengulas lebih lanjut  mengenai hal ini sebab umum telah ketahui..Cuma apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah mengenai apa yang aku jumpa pada blog-blog atau sumber-sumber lain di dalam internet..
Ada yang cakap Osama masih hidup,
Ada yang cakap dia sudah mati,
Ada yang cakap ini jenaka terhebat abad ini(sape la yang curi idea aku ni untuk maharaja lawak tahun depan..haish!!)
Ada yang cakap dia tak wujud,saja nak tunjuk Islam ni pengganas..

Kalau nak ikut gambar ini, ada desas-desus mengatakan bahawa gambar ini telah dicipta semasa pimpinan George W. Bush lagi..kes nak perdaya orang islam lagi..arghhhh!!!
Tadi aku tengok berita TV3..ramai pemimpin Negara-negara bagi ucapan..negara Australia,Malaysia, Amerika Syarikat dan Negara mana lah lagi aku lupa..Aku tengok Obama berucap..dah rancang skrip awal-awal la..kalau belum tengok search kat youtube tapi mesti lambat loading sebab ramai tengah tengok agaknya..
Mereka ada juga cakap dengan kematian Osama harap dunia akan aman dari terrorist(pengganas) Islam sedangkan mereka tahu siapa sebenarnya pengganas..
Setahu aku, orang islam boleh bertindak jika hak-hak mereka dicabuli..kita pun tahu apa yang dicabuli..yalah, tapi bagaimana nak mempertahankan hak kalau rumah ibadat sendiri dijadikan medan permainan mengangkat sumpah laknat..berani sumpah dengan Al-Quran..dulu masa kes kecurian dekat asrama aku pun sumpah dengan Al-Quran dan dengan senang hati si pencuri bersumpah..kami hanya menonton dan turut bersumpah..tanpa gentar kerana yakin tidak akan berlaku apa-apa..mungkin kita tak tahu apa berlaku kepada si pencuri itu tadi di dalam tandas kerana tak masuk sekali.. err..sebenarnya main sumpah ni ikut hukum apa ya??
Mungkin majority mentality kita mudah menerima sesuatu tanpa berfikir sewajarnya..lihat sahaja berita,terus percaya..baca sahaja mengenai sesuatu artikal, terus terpedaya..mungkin tak boleh disalahkan kerana tidak semua orang suka jaga tepi kain orang..
Semakin tinggi tahap pelajaran,kadang-kadang membuat kita alpa seketika..yang penting, jangan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja..Err..betulkah osama sudah meninggal?
Nak baca lanjut lawat-lawatlah http://www.ibnuhasyim.com/2011/05/3-sebab-mengapa-kematian-osama-laden.html, http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/05/osama-masih-hidup.html, http://denaihati.com/kematian-osama-laden-jenaka-terhebat-abad-ini
p/s;mereka semakin berani memecahbelahkan islam..apa harus aku lakukan???

4 ulasan:

  1. khabar terbaru menyatakan mayat osama telah disemadi dlm laut. amerika x siasat dulu ke buat ujian DNA bg memastikan kesahihan mayat tu adlh osama..pelik2

    BalasPadam
  2. owh..ha'a..lupe lak..ya,ya..

    BalasPadam

sila-silalah tinggal link blog anda untuk dijejaki :)