Khamis, 5 Mei 2011

ADA APA PADA NAMA

DARI semalam bapak aku bising pasal blog aku..aku sekadar buat blog untuk berkongsi cerita atau ilmu..bukan banyak mana, tapi adalah juga..daripada biarkan ilmu dimiliki sorang-sorang atau bercakap sorang-sorang macam orang kurang siuman baik aku tulis dalam blog ni..adakah aku bersalah menaip setiap bait-bait perkataan di atas blog aku sendiri sedangkan bukan aku sibuk tulis pada blog orang..setakat spam dekat shoutbox dan tinggal komen kat blog orang tu biasa la..hehe..

Sebagai kesudahannya, bapak aku mengambil keputusan utuk menukar nama dia kepada nama aku untuk daftar broadband..sebenarnya sejak beli broadband dia nak masukkan nama aku tapi memandangkan aku budak tak cukup umur jadi dia dengan jelingan tajam guna nama dia..jadi, selepas bulan 7 mungkin nama aku pula akan diganti dengan namanya..tapi boleh ke begitu?

Aku sebenarnya tak tahu apa yang dia takut sangat guna nama dia daftar broadband untuk aku..dia kata aku  suka buat benda pelik..tapi berblog ni pelik ke? aku tengok ramai je yang ada blog..kalau aku pelik, bermakna ada berpuluh-ribu lagi orang yang pelik kat Malaysia ni sebab ada blog..tak gitu? Pada firasat aku,bapak aku yang pelik..ya, dia pelik sebab cakap aku pelik..huh! Panas jugak telinga aku dia cakap penulisan aku ni boleh jebakkan dia ke ISA la, bikin panas, bla..bla..bla..entah la..sukati dia la..aku tengok blog aku ni tak ubah macam budak kecik (aku memang kecik lagi) yang suka tulis benda merepek..tapi aku suka tulis sebab aku tahu ada orang baca walaupun unit visitor berapa ketul je..tapi aku memang berterima kasih la siapa yang sudi mengklik iklan aku..boleh juga aku selamatkan diri dari bebelan mak aku walaupun baru RM 2 je BE nuffnang..hehe..

ps: zzZZ..

2 ulasan:

  1. ok ape blog ko...
    x ade la cam dak2 sgt..
    mak aku ckp..
    baik buat blog daripade tgok cerite korea je..
    tu lagi x ade faedah...
    hehehehe

    BalasPadam
  2. ok ea..hehe maceh..naseb baik aku bukan golongan tengok cerita korea..ahakz

    BalasPadam

sila-silalah tinggal link blog anda untuk dijejaki :)