Ahad, 29 Mei 2011

NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

Sabtu, 28 Mei 2011

TAK PERCAYA:BE NUFFNANG BERTAMBAH?

DAH genap 7 hari aku tak update blog disebabkan kesuntukan masa..tup..tup.. aku tengok BE aku dah meningkat..ahakz..
layan je la entri ni ea..

pengunjung sikit je tapi BE naik RM 2..haha..trima kasih nuffnang..:)

SEMINGGU DI UiTM SEGAMAT

HARINI aku ada masa sedikit nak layan blog aku ni..minggu destini siswa (MDS) baru tamat semalam jadi aku dah ada masa..hehehe..ramai student balik rumah tapi aku tak..aku memang malas nak balik lagi-lagi mak pak aku gi laut..ermm..

Ada banyak perkara aku belajar tapi sikit je yang lekat sampai sekarang...nak tau?

1.UiTM ni satu satunya universiti yang menyokong kerajaan( UMNO)
2.Orang melayu perlu berusaha
3.hak orang melayu dicabuli
4.umpil pintu
5.pinky boy (aww)

6.peghulu yang berani meminta maaf  secara umum (bakal pemimpin negara)
7.pak cik ahmad
8.analisis pelaburan(investment analysis) memang meremang susah
9.6 hari tak berak.ahakz.
10.sakit tekak,selsema,batuk,sembelit..ahakz
11.spek bingkai hitam..

p/s;hope roomate aku a.k.a senior baik hati..amin..


                                                           

Jumaat, 20 Mei 2011

SIBUK

BUNYI radio beserta dengkuran seisi rumah kedengara..semuanya telah lena kecuali aku..duduk menghadap komputer menaip bait-bait perkataan..

Memang penat mengemas barang-barang..esok dah kene daftar kat UiTM Segamat..aku memang malas betul sebenarnya nak sambung belajar..nak kata course yang dapat tak diminati,semua aku tak minat..tak minat nak sambung belajar..tapi memandangkan bapak aku bangga gila aku dapat tawaran ni aku chow je la..pergh..kene tukar stail..mencik!!!

Macam-macam aku pikir..er..entahlah..tulis kat blog je la..ermm..senang ke nak lepaskan orang yang tersayang?erm..entah la..kalau nak tinggal family,5 tahun aku duduk hostel..dah biasa..tapi..tapi..tak tahu!!!aku nasihat member aku tapi aku sendiri pun buntu..tapi aku tahu member aku sebenarnya macam aku..biar dia..

Aku sangat busy..

p/s:setan betul!!aku beli buku takde muka surat..salah cetak..pergh!!!batal niat aku nak belajar asas akaun..uwekk..belajar kat u je la..

Rabu, 18 Mei 2011

CERMIN

Pagi yang suram. Cermin itu berada di atas katil John walaupun cermin itu kepunyaanku ,Mask. Dia pijam. Tapi dia tak letak balik dalam loker aku. Aku pun tak kisah kerana aku seorang yang simple. Roy  pun guna cermin aku. Penghuni lain di dorm itu turut menggunakan cerminku untuk berdandan  walaupun disediakan cermin yang lebih besar di dalam dorm itu. Kecantikan adalah hak milik setiap insane..
Suatu hari mataku terpaku pada sesuatu objek didalam bakul sampah..cermin itu telah pecah..aku berasa sangat terkejut lalu pergi menemui Roy..dia pun bercerita..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Dew :Roy, sebenarnya aku nak minta maaf sangat-sangat..aku tak sengaja..tapi nanti aku ganti tau..err..kau  ingat tak?bendanya bulat-bulat, berwarna merah..hari-hari kita tengok dia..
Roy: apa tu? Entah..
Dew: aalah, cermin..cermin tu dah pecah..nanti aku  ganti ea..aku  tak sengaja..masa aku nak letak atas katil kau tiba-tiba jatuh..pastu pecah..hehe..
Roy:huh? Eh,jangan menggelabah..sebenarnya bukan cermin aku..
Dew:habis tu, siapa punya?
Roy:entah la.. John punya kot..
Cerita tergantung..Aku tidak berpuas hati dan kemudian aku mencari John untuk kepastian..aku termangu mendengar penjelasan John..
Dew:John.. aku sebenarnya nak minta maaf sangat-sangat..aku tak sengaja..tapi nanti aku ganti tau..sebenarnya aku terpecahkan cermin kau..aku tak sengaja masa tu, nak letak atas katil tetiba terjatuh..sorry tau..
John:cermin? Owh..sebenarnya tu bukan aku punya, Mask punya..aku Cuma pinjam je..Mask mana guna sangat cermin dia tu..dia ka dah hensem..huhu..
Dew: la..yeke???haish..berapa orang lagi aku kene jumpa ni???
Aku tersengih mendengar ceritanya..aku kembali masuk dorm..tiba-tiba Dew jumpa aku..

Dew:Mask,kau ada cermin tak?
Mask:ada..tapi aku tengok dah pecah..
Dew:eh,aku yang terjatuhkan cermin kau..
Mask:owh..apa tunggu lagi, ganti la..
Dew: berape ringgit?
Mask: RM 20..nampak je murah tapi faham-faham je la..
Dew:okey..nah, ambil ni..
Mask: toceh..toceh..hehe..(sebenarnya Cuma RM 2)

Dapat aku duit lebih..misteri selesai,duit pun dapat..terasa diriku seperti detektif..
p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata..kepada yang terasa memang perasan..

Ahad, 15 Mei 2011

PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN OTAK LUPA

1.Makan kepala ikan
2.Miniman atau makanan yang dicemari semut
3.Makan yang diselang-seli dengan mium
4.Makan organ dalaman seperti hati,jantung,paru-paru,perut dan sebagainya
5.Membaca nama di batu nesan
6.Berdiri di celah-celah binatang
7.Melihat najis semasa membuang air
8.Melihat kemaluan

  9.Melihat buih nasi semasa nasi mendidih
10.Kencing berdiri
11.Makan makanan yang masam
12.Meniup api ilin

Sabtu, 14 Mei 2011

PAHALA SEBANYAK BINTANG DILANGIT



Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya Sayidatina Aisyah r.ha. mengagak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.
 

Khamis, 12 Mei 2011

AMUKAN WARGA FACEBOOK!!

KECOH harini tentang facebook..kalau nak ikut hati memang nak delete akaun Facebook tapi apakan daya, Facebook ni lah antara tempat famous aku ping entri..bukan kat wall aku, wall member-member aku pun jadi mangsa..tapi dah mintak izin..hehe..

Aku dapat notification tentang bende alah ni, cakap nak elak spam..jadi aku tak approve sebab aku ni salah seorang spammer..sampai pernah kene banned dalam facebook..huh!!kedekut!!! Ni aku tunjuk sikit pasal virus ni agar tak terpedaya..


nasib baik kawan aku bagi amaran tadi
kalau tak memang aku pun menyebarkan kat orang tanpa disedari..ermm..aku memang tak suka dengan virus penyebaranni..mesej berantai pun member aku pernah kene warning dengan aku sebab suruh aku duk sebarkan..sebab aku pun takut..heee..

Adakah spammer ni banyak sangat sampai wujud mesej spammer tanpa disedari macam ni? Dah la nak ping entri kat Facebook pon kene word verification..ermm..naseb..naseb..

p/s; kami benci virus!!

Rabu, 11 Mei 2011

HMMM..DAH LEPAS GIAN

AKU bahagia hari ini disebabkan 2 perkara..

pertama..
tadi aku pergi Bank Islam nak bukak akaun untuk UiTM..dipendekkan cerita, aku pun duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu permohonan diproses..duduk di kerusi..duduk di kerusi..aku tahan je, pakcik sebelah aku ni duduk tak reti diam..dia goyang-goyang kaki dia..aku sakit hati sebab aku pun bergegar jugak!! Jadi aku mengambil inisiatif untuk menegurnya secara berhemah tapi aku tak tau bagaimana..aku ni pemalu..jadi aku pun gegarkanlah kaki aku lagi kuat bertujuan biar dia terganggu dan stop gegar kaki dia!!biar dia faham la kononnya..tapi dia gegar lagi kuat pulak..perghhh!! Berasap gila aku..aku pun gegar lagi kuat..hahaha..lepastu dia bangun..hahaha..pergi kaunter sebab nama anak dia kena panggil..rasa macam akan satu kampus dengan aku je anak dia tu..err..yang penting aku suka dah tiada ganguan gempa bumi kecil..huh!!

kedua..
mak aku dapat surat pasal akaun bank aku..katanya umur aku hampir 18 tahun dan nama mak aku secara automatik akan bertukar kepada nama aku..tapi sedikit sahaja..gembira, tapi..aku taknak jadi dewasa..orang dewasa banyak masalah,banyak fitnah,banyak rasuah,banyak hipokrit,banyak kontroversi,banyak tanggungjawab,banyak menindas dan banyak lagi..aku taknak terjebak ke alam dewasa..takut..kalau aku tak matang pun takpe sebab aku bukan calon perdana menteri..haha..

Aku sebenarnya tak tahu cara berhemah nak tegur orang..yang aku tahu menganjeng orang..aku rasa aku perlu berubah..kalau siapa-siapa yang boleh bagi idea cara berhemah nak tegur kesilapan orang ajar lah aku..

p/s: balik singganh makan mee hoon sup :)

KENAPA AKU LULUS JPJ?

HARI Isnin lepas,semalam semalam, aku pergi test jpj kat bunga raya, bunga kebangsaan kita..tapi ini bunga raya nama institut memandu bunga raya..

Datang-datang pergi daftar dapat nombor 22..nombor bertuah tu..harap-harap kalini lulus..malas nak buang duit mak aku lagi..huh!

Mula-mula buat bukit..pergh..tayar masuk aku tengok lagi 1 mm nak keluar tapi aku beranikan diri angkat tangan..lepas..hehe..okey, buat parking pula..yes! dah siap semua step-step parking..tengok tayar, terkeluar garisan! Mana silap aku? Jadi, aku mengambil langkah berani mati..aku kedepankan kereta(tak pernah cikgu ajar)  sedikit je..kemudian undur balik..yes, masuk..fuh selamat! Dengan muka yang pucat seperti mayat aku tekan hon..tapi tak bunyi!! Rupanya salah button..button dekat tepi,bukan tengah..adees...tiba saat yang aku paling menggelabah,3 point turn (aku fail hari tu sebab tak buat ni)klik sini kalau nak kutuk..masuk je la..tiba waktu nak undur, kene berhenti pada garisan selari ..selesai..nak pusing stereng..oh tidak! sepatutnya berhenti pada garisan kat belakang!Silap dah..aku pun buat muka tahi undur lagi..dah lebih 3 kali da..aku dengan geram sebab dah sah-sah fail terus tekan minyak kuat-kuat keluar dari petak neraka tu..aku dah buat drift dalam kawasan tu..marah gila..berasap!!!

mungkin aku cuma layak memandu kereta kuda sebenarnya :(
Kemudian aku pergi kat pondok jpj nak ambil borang tadi..tengok-tengok dah ada dalam bakul..semua tanda right..eh,biar betul? Err..betullah tu..aku lulus..ermm..

Jadi, moral cerita ni sebenarnya, kalau dah kandas semasa percubaan pertama ujian memandu hendaklah menghadiri kelas tambahan, jangan malas macam aku..membazir je mak aku bayar..sudah-sudah semua blur..nasib baik lulus..Alhamdulillah..

p/s: sebenarnya aku lupa gear reverse..hehehe

Isnin, 9 Mei 2011

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Ahad, 8 Mei 2011

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-
empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
 

APABILA BAPAK AKU CEPUK DENGAN BANTAL

BAPAK dan ibuku pulang pukul 5 pagi semalam..baru balik dari laut..aku yang sedang lena membute terjaga dan kemudian tidur kembali..esok pagi aku cakap dengan mak dan pak aku malas nak masuk u..aku nak amek Form 6..bla..bla..bla..aku memang pemalas pon nak belajar lama-lama..naseb baik spm 2 tahun je sekolah..fuhh!!

Tiba-tiba bapak aku cepuk muka aku dengan bantal..huhu..nasib baik bantal kecik..dah aku kene dengar ceramah free dari dia..kalau membebel mamang kalah mak aku..aku lagi suka mak aku bebel berjam-jam dari dengar bapak aku membebel 1 minit..eeee..tak suka..


Selepas itu, aku pun cakap "yelah,yelah..masuk u.."jadi aku pun agaknya masuk la u kot kalau tanak kene cepuk lagi..ambil la aku diploma analisis pelaburan..err..mungkin aku kena belek buku tingkatan 3 kemahiran hidup..erm..cukup lah sangat..kacau je plan aku nak enjoy sampai hujung tahun..tapi kira nasib baik sikit je la sebab ada kawan-kawan aku isnin ni masuk form 6..aku lak test jpj..perhh..memang tanak bagi aku masuk form 6 agaknya test jpj pun sama waktu dengannya..


Tapi kalau nak difikir-fikir balik bersyukur la jugak dapat u dari member aku yang nak masuk u tapi tak dapat..kene mohon lagi sekali kot..agak-agak kalau aku mohon kelapan-lapan pilihan berkaitan sains pasti aku pun get lost tak dapat u..nasib baik la aku tak harap sangat dengan sains..hoi!tapi aku tak pernah menyesal ambil sains semasa form 4 & 5 tau..boleh buat sabun mandi sendiri tau..lalala...


p/s: doakan aku lulus test jpj kali ni tau..:)

Sabtu, 7 Mei 2011

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala        selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Jumaat, 6 Mei 2011

JIBRIL AS, KERBAU, KELAWAR DAN CACING

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".
p/s; sayu hatiku membaca artikal ni..

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

MARI ramai-ramai join..nak join klik sini

jom ramai-ramai gegar..

ELAKKAN DIRI DARI MENERIMA IMPAK KENAIKAN HARGA MINYAK

BARU-BARU ini harga minyak Ron 97 telah naik sebanyak 20 sen menjadikan harga sebenarnya setakat ini RM2.90,manakala harga Ron95 kekal..
jika kita sebagi rakyat Malaysia tidak mengambil inisiatif untuk menurunkan harga minyak,siapa lagi? Jadi saya rasa kita boleh cuba cara di bawah:


1.basikal
 mari lah kita ramai-ramai naik basikal..aku nak naik basikal kat jalan raya tapi tak ada pun orang nak ikut..jomlah naik basikal..pencemaran udara pun kurang..negara China adalah negara yang paling ramai penunggang basikal..


2.beca
naik beca pun bagus jugak..keluarkan semula beca-beca yang disimpan tu..


3.NGV (Natural Gas Vehicle)
Mari kita cuba pasang NGV pada kereta..antara keistimewaan dia ialah ciri penjimatan bahan bakar sehingga 70%,65% lebih murah dari Petrol,43% lebih murah dari diesel,harga stabil, tidak berubah seperti Petrol..nak tahu lanjut klik sini


4.kenderaan awam
semakin banyak bas awam di Malaysia sampai aku pernah dengar pemandu bas merungut mengenai hal ini..


5.berjalan kaki
kalau tak sanggup naik sahaja kenderaan awam..


baiklah..setakat ni sahaja yang aku tahu..kalau ada yang kurang boleh la tolong aku tambahkan..


Mungkin dengan cara ini kalau sudah kurang pengguna petrol kerajaan akan mengambil hati rakyat dengan menurunkan sedikit harga minyak..cikgu aku pernah cakap minyak Malaysia mempunyai kandungan sulphur terendah di dunia, jadi kurang pencemaran..tapi minyak kita juga dijual kepada negara luar..dapat lebih untung..


p/s; tahun lepas tak silap aku mak bapak aku pergi indonesia..waktu itu tengah ada kekecohan/demostrasi  pasal kenaikan harga minyak kata salah seorang dari mereka pada bapak aku "negara kami sama seperti Malaysia, ada minyak sendiri pak..tapi harga minyaknya naik juga"

Khamis, 5 Mei 2011

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.         
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.
 

DAPAT BE NUFFNANG LAGI

PAGI semalam aku chek earning dah meningkat walaupun tak banyak..syukur Alhamdulillah..meningkat juga BE..ingat lagi berapa bulan baru naik..huhu..meh tengok gambar di bawah ni..
Aku perasa unit visitor aku pun meningkat..mungkin sebab tu kot dapat BE ni..tambah sekali kalau ada yang sudi klik-klik iklan dalam blog ni..jutaan terima kasih la kat orang yang mengklik dan tak lupa juga pada nuffnang yang memilih aku kali ini untuk diberi BE..harap masa akan datang boleh dapat lagi BE.huhu..

p/s: mata tersangat layu..zzZZ

ADA APA PADA NAMA

DARI semalam bapak aku bising pasal blog aku..aku sekadar buat blog untuk berkongsi cerita atau ilmu..bukan banyak mana, tapi adalah juga..daripada biarkan ilmu dimiliki sorang-sorang atau bercakap sorang-sorang macam orang kurang siuman baik aku tulis dalam blog ni..adakah aku bersalah menaip setiap bait-bait perkataan di atas blog aku sendiri sedangkan bukan aku sibuk tulis pada blog orang..setakat spam dekat shoutbox dan tinggal komen kat blog orang tu biasa la..hehe..

Sebagai kesudahannya, bapak aku mengambil keputusan utuk menukar nama dia kepada nama aku untuk daftar broadband..sebenarnya sejak beli broadband dia nak masukkan nama aku tapi memandangkan aku budak tak cukup umur jadi dia dengan jelingan tajam guna nama dia..jadi, selepas bulan 7 mungkin nama aku pula akan diganti dengan namanya..tapi boleh ke begitu?

Aku sebenarnya tak tahu apa yang dia takut sangat guna nama dia daftar broadband untuk aku..dia kata aku  suka buat benda pelik..tapi berblog ni pelik ke? aku tengok ramai je yang ada blog..kalau aku pelik, bermakna ada berpuluh-ribu lagi orang yang pelik kat Malaysia ni sebab ada blog..tak gitu? Pada firasat aku,bapak aku yang pelik..ya, dia pelik sebab cakap aku pelik..huh! Panas jugak telinga aku dia cakap penulisan aku ni boleh jebakkan dia ke ISA la, bikin panas, bla..bla..bla..entah la..sukati dia la..aku tengok blog aku ni tak ubah macam budak kecik (aku memang kecik lagi) yang suka tulis benda merepek..tapi aku suka tulis sebab aku tahu ada orang baca walaupun unit visitor berapa ketul je..tapi aku memang berterima kasih la siapa yang sudi mengklik iklan aku..boleh juga aku selamatkan diri dari bebelan mak aku walaupun baru RM 2 je BE nuffnang..hehe..

ps: zzZZ..

Rabu, 4 Mei 2011

20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.
Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
1.   Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2.   Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
3.   Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4.   Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5.   Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6.   Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7.   Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.
8.   Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9.   Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10.  Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11.  Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12.  Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13.  Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.Hilang bahagia.
14.  Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
15.  Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.    16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17.  Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18.  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19.  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20.  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

p/s: terjumpa masa selongkar file lama..sekadar berkongsi..

Selasa, 3 Mei 2011

APA KESIMPULAN BERITA OSAMA BIN LADEN?

KECOH hari ini di dada-dada akhbar serta internet tak lupa juga kepada blog-blog mengenai kematian Osama Laden..juga,ramai tertanya-tanya mengenai kesahihan berita ini..tadi  aku nak ping entri pada gengblogger.com ada 2 entri sahaja (aku termasuk ) bukan mengenai kes Osama Laden di muka satu..memang panas..
Aku malas nak mengulas lebih lanjut  mengenai hal ini sebab umum telah ketahui..Cuma apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah mengenai apa yang aku jumpa pada blog-blog atau sumber-sumber lain di dalam internet..
Ada yang cakap Osama masih hidup,
Ada yang cakap dia sudah mati,
Ada yang cakap ini jenaka terhebat abad ini(sape la yang curi idea aku ni untuk maharaja lawak tahun depan..haish!!)
Ada yang cakap dia tak wujud,saja nak tunjuk Islam ni pengganas..

Kalau nak ikut gambar ini, ada desas-desus mengatakan bahawa gambar ini telah dicipta semasa pimpinan George W. Bush lagi..kes nak perdaya orang islam lagi..arghhhh!!!
Tadi aku tengok berita TV3..ramai pemimpin Negara-negara bagi ucapan..negara Australia,Malaysia, Amerika Syarikat dan Negara mana lah lagi aku lupa..Aku tengok Obama berucap..dah rancang skrip awal-awal la..kalau belum tengok search kat youtube tapi mesti lambat loading sebab ramai tengah tengok agaknya..
Mereka ada juga cakap dengan kematian Osama harap dunia akan aman dari terrorist(pengganas) Islam sedangkan mereka tahu siapa sebenarnya pengganas..
Setahu aku, orang islam boleh bertindak jika hak-hak mereka dicabuli..kita pun tahu apa yang dicabuli..yalah, tapi bagaimana nak mempertahankan hak kalau rumah ibadat sendiri dijadikan medan permainan mengangkat sumpah laknat..berani sumpah dengan Al-Quran..dulu masa kes kecurian dekat asrama aku pun sumpah dengan Al-Quran dan dengan senang hati si pencuri bersumpah..kami hanya menonton dan turut bersumpah..tanpa gentar kerana yakin tidak akan berlaku apa-apa..mungkin kita tak tahu apa berlaku kepada si pencuri itu tadi di dalam tandas kerana tak masuk sekali.. err..sebenarnya main sumpah ni ikut hukum apa ya??
Mungkin majority mentality kita mudah menerima sesuatu tanpa berfikir sewajarnya..lihat sahaja berita,terus percaya..baca sahaja mengenai sesuatu artikal, terus terpedaya..mungkin tak boleh disalahkan kerana tidak semua orang suka jaga tepi kain orang..
Semakin tinggi tahap pelajaran,kadang-kadang membuat kita alpa seketika..yang penting, jangan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja..Err..betulkah osama sudah meninggal?
Nak baca lanjut lawat-lawatlah http://www.ibnuhasyim.com/2011/05/3-sebab-mengapa-kematian-osama-laden.html, http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/05/osama-masih-hidup.html, http://denaihati.com/kematian-osama-laden-jenaka-terhebat-abad-ini
p/s;mereka semakin berani memecahbelahkan islam..apa harus aku lakukan???

Isnin, 2 Mei 2011

KELIRU

MALAM yang sejuk..
tadi aku chek,aku dapat form 6-normal form 5 lepasan spm akan dapat..
tapi sekolah dulu, **G*..Jurusan pun sains..ermm
aku tak minat sains honestly..tapi aku tercampak ke kelas sains..bukan salah ibu mengandung..
nak tukar ke kelas akaun dulu tapi..barag yang lepas usah dikenang..huarghhhhh!!!!

sekarang..
aku pening nak pilih 3 tempat..dapat dekat sekolah asal,**** tapi aku taknak! tinggal sekolah dato' penggawa timur dan permas jaya..er..penggawa timur dekat masai,kalau pergi sekolah naik bas tambang..masalahnya aku tak suka melintas jalan..kalau sekolah permas jaya, naik bas sekolah tapi balik selalunya tak sama dengan budak-budak batch lain..jadi takut balik jalan kaki pulak-no way!!!Kalau dekat takpe.. Kalau **G*..aku kurang berkenan..kene duduk hostel balik..apa masalah!!!penyakit la!!!jangan cari masalah!!!

p/s; aku buntu tapi kenapa aku tak kusut?tak kusut tapi lahir entri ini?apa aku merepek?aku tak suka update entri malam-malam sebab idea merapu..siang kurang idea..tapientri hari ini dan semalam bukan aku update malam ke?sekarang malam kan?ermm..

Ahad, 1 Mei 2011

LUAHKAN PERASAAN ANDA

APABILA kita menyukai atau menyintai seseorang, luahkan sahaja perasaan itu..tak kira siapa pun dia..
Mungkin kita tidak mahu menyesal dikemudian hari kalau dia sudah menjadi milik orang lain..siapa tahu, mugkin dia juga menyukai kita walaupun dia hanya membisu..tidak kira siapa..katakan saja padanya sebelum terlambat..walaupun dia mungkin milik orang lain..mungkin hari ini dia masih ada, tapi mana tahu jikalau esok dia telah pergi..mungkin kita tidak mahu rasa kesal atau kecewa di kemudian hari/hari muka/akan datang/lain-lain lagi kerana memendam perasaaan..
Jadi,luahkan sahaja perasaan kita..samada dia kekasih kita,kekasih adik,kekasih kawan,kekasih gelap,adik angkat,abang angkat,teman sepermainan atau sesiapa sahaja..kemudian kita  akan berasa lega..kita harus akui bahawa setiap orang mempunyai perasaan..dan perasaan adalah anugerah daripada ilahi..jadi, tidak salah untuk meluahkan perasaan daripada membiarkannya terpendam..
Mungkin selepas itu kita akan dikritik..
Mungkin juga kita berasa malu..
Atau rasa terasing dibumi sendiri
Dan seribu satu rasa lagi yang tidak dapat diungkap..
Tapi sekurang-kurangnya kita berani meluahkan perasaan kita..kita boleh menipu semua orang di dunia tetapi tidak kepada diri sendiri..jadi,luahkanlah perasaan anda hari ini..

p/s:entri pertamaku yang jiwang..