Khamis, 20 Oktober 2011

Berhati-Hati Di Jalanraya

KALAU keluar je dari rumah walau ke mana sahaja destinasi pandulah dengan cermat. Sebelum keluar rumah tu baca2 lah doa agar perjalanan samada dekat atau jauh selamat. Semasa berada di jalan raya tu pandulah dengan berhati-hati terutama sekali apabila berhadapan dengan kenderaan berlesen P.

  Diaorang ni baru je ibarat nak hidup kat dunia jalan raya. Kesian-kesian la dekat kami gologan ni dan jangan la balun kereta macam F1 pada pemandu-pemandu mentah ni kalau tanak belakang kereta keke balun.

p/s: aku bawak kereta buruk je..tak kesah je nakbalun kereta lain lagi-lagi yang bau kedai..haha

Sabtu, 10 September 2011

Terhack Facebook Sendiri

SEMALAM time aku nak sign in Facebook aku dah tak dapat..sedih tahap gaban memang..Aku sebenarnya saje je nak tengok ape akan jadi kalau facebook kene hack..orang takde keje tapi sebenarnya belambak..hehe..ni lah akibatnya bila orang dapat jawab secret question dengan tepat..


p/s; belum cuba belum tahu :p

Isnin, 5 September 2011

TOTAL QUALITY MANAGEMENT


Explain six (6) dimensions of quality.
1.Performance
It is the primary operating characteristics, which determines-how well the product or service performs the intended function.
Example: Durability of batteries, fuel economy of cars, BHP of an engine, etc.
2.Features
These are special features (secondary) which appeal to customers.
Example: Design of seats in a car, look and color of a refrigerator, etc.
3.Durability
It is the time duration or amount of use before being replaced or repaired.

4.Reliability
Likelihood of breakdown, repair or expected time of fault-free operation.
5.Serviceability
Convenience and cost of repair and maintenance and is related to ease in resolving the customer complains.
6.Consistency and Conformance
Conformance with standard, matching with documentation, being on-time, etc. 
p/s: based on my answer in group's presentation :)

Sabtu, 3 September 2011

Sunset Around The World


JOM kita tengok gambar Matahari terbenam di serata dunia..agak lama tak update blog jadi marilah kita tenangkan fikiran melihat gambar-gambar di bawah..


                                                                                                                          
                                                             








                                                         
 



p/s: penyelesaian kepada masalah kekeringan idea :)

PERINGATAN KEPADA PENGGUNA FACEBOOK DAN TWITTER!!!

PENYAMPAI RADIO ERA NAK DATANG RUMAH KORANG?????

Ahad, 14 Ogos 2011

KERJA PEMBERSIHAN BERMULA

KALAU dah bawa tu, kene lah jaga elok-elok..ini la yang aku bawak datang kolej..ada la juga aku teman nak manja-manja kalau stay up malam-malam macam orang yang kene insomnia..kawan aku cakap la..ni la yang aku bawak, Monica si ikan laga..
    

Lagi satu hal, dengan adanya Monica lah aku jarang balik rumah..mak aku pun pernah warning jangan balik rumah selalu..oleh sebab selalu kesunyian tinggal sesorang kat bilik (roomates semua balik) aku pun bawak la Monica ni..
proses cuci sangkar ikan
Jaga haiwan memang kene sabar..


                                

Ahad, 7 Ogos 2011

CARA MENGETAHUI ORANG YANG TAK PUASA

MASUK harini, sudah hari ke-7 puasa a.k.a. dah genap seminggu umat islam berpuasa..dalam dah lama puasa tu, tak semua orang puasa penuh lagi2 perempuan..yelah, kitaorang memang ada masalah, bukan saje2 nak ponteng..tapi lepas ganti penuh aje kan..hehe..balik pada topic, kalau nak kenal, senang je..

1. tegok bibir. Kalau agak2 bibir macam hari2 biasa tu memang lepas minum air la agaknye..tapi jangan main tuduh je, sebab lepas mandi pun bibir lembap..

2.bertenaga. Orang lain semua layu lagi2 nak area tengah hari tapi dia punya aktif macam hari biasa je..

3.beli makanan banyak. Selalunya orang yang tak puasa ni beriya-iya borong makanan banyak2..yelah, ada banyak masa nak makan..orang puasa nak pergi tarawikh..ahakz

4.selalu menyendiri atau berkumpulan di tempat2 terpencil..ni kes nak makan la ni..tapi tak hina pun macam orang yang makan depan khalayak ramai..kalau makan depan orang yang berpuasa kan tak baik..

5.bangun lambat..sebab tak risau tak payah sahur..tapi ada ramai gak yang buat2 bersahur..orang yang puasa pun ada skip sahur la..

6.mandi semasa maghrib..Ni memang terag-terang dapat cam..orang sibuk menghadap makanan dia mandi..memang sudah terang lagi bersuluh..



siapa curi2 makan masa puasa boleh join monyet ni :)

7.ada penyakit kronik.. golongan ni tak puasa sebab akan memudaratkan kesihatan..cuma bayar fidyah je..

8.mengaku tak puasa..lagi senang kalau orang tu dah mengaku..tak payah sibuk2 nak stalker dia puasa ke tak..kalau lagi senang tanya je..malu bertanya sesat jalan..

p/s; ini semua berdasarkan pengalaman aku sepanjang seminggu umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan..kalau ada yang tersinggung maafla banyak2 sempena bulan mulia ni..yang aku tulis ni saje2 untuk menceriakan hari2 kita semua..:)

Isnin, 18 Julai 2011

BAGAIMANA UNTUK SELAMATKANNYA???

SEPANJANG hidup aku kat tempat baru ni yang belum sampai 3 bulan, dah macam2 perangai manusia aku jumpa..oleh sebab malas aku nak bebel panjang, kita straight to the point kat perenggan berikutnya..

Aku ada sorang kawan(ramai sebenarnya tapi ni cerita pasal dia) bernama si comel(bukan nama sebenar)..kalau siapa je tengok bloglist aku ni memang tau la aku ni fahaman apa..nak jadi cerita si comel ni tertengok bloglist aku masa aku tengah layan blog..pulak tajuk memang kaw2 punye..pastu dia pun cakap macam2..aku pun explain sikit dengan dia tapi cara aku tak menyebelahi mana2 pihak..lakonan..ahakz..

Lagi satu hal, dia ni memang minat politik..aku tak minat sangat politik tapi aku amek tahu gak la..pulak dia ni kalau aku silap cakap dia sempang masuk politik..kutuk ****** kaw2..aku diam malas nak perang mulut..

Sampai beberapa hari lepas sebelum cuti, entah apa yang aku silap cakap sampai dia simpang masuk politik macam biasa..siap cakap "aku minat politik"..dah tu, aku tanya dia," betulkah?"..dia angguk..aku pun try susun ayat"kalau kau minat politik kau mesti tau siape sebenarnya yang betul kan?" tanya aku sambil bermain-main dengan ikan laga aku( bawak pergi kolej tau)..yang aku terperanjat dia angguk..lepastu dia cakap kenapa dia sokong..sebab bagi bapak dia banyak projek la, ape lagi la..aku pun dengar dan angguk je..

Tapi lepastu aku terfikir..sanggup jugak manusia ni menyorok kebenaran demi kepentingan sendiri..dah tu siap provoke sana sini..budak bawah umur pun dah terikut-ikut dengan sikap pemimpin yang nohorom ni..ape agaknya nasib masa depan..haish..kenapa aku sibuk pikir benda puaka ni..haish!!!

p/s: nampak budak2 sekarang ni tak senonoh cakap gambaran pemimpin masa depan la, ape bagai..tapi pemimpin sekarang dah bagi contoh..huahuahua...

Rabu, 6 Julai 2011

LAGI-LAGI PASAL ISU MAKANAN

INI bukan kisah pasal selet ayam KFC kat kasut tapi pasal cerita warung tempat aku..nama tempatnya adalah rahsia..malam tu aku dan member aku pergi order makanan..tapi masa dia nak masak tu kitaorang tak duduk pon, cuma berdiri je menghadap dapur dia..alang-alang tu boleh skodeng cara dia masak..hehe..

Masa tengak kusyuk mata aku meliar pak cik pembantu dapur pun nak potong daging yang sudah direbus..tiba-tiba salah satu daging tu jatuh..aku ingat dia nak pergi amek basuh tapi, dia terus letak atas papan pemotong tu dan zap..zap..zap..

Aku pandang member aku dan tanya'kau nampak apa yang aku nampak'? member aku angguk laju je..pergh..tak tahu aku  nak cakap apa..lepastu kue tiau goreng 2 milik kami pon siap..aku pon blah la pastu sebab beli bungkus..nak makan kat bilik..hehehe..

Tapi aku sangat musykil..lepas dia potong daging tu dia ambil masuk kuali..pastu kue tiau kitaorang siap..jadi sah2 la aku yang kene!!!!huaaa!!! serius esok harinya member aku berak-berak..aku suspek daging tu masuk dalam kue tiau dia..kesian betul..fuh..

p/s: naseb baik aku tak kene tapi...mee kami dimasak 1 kuali..noo!!!

Isnin, 4 Julai 2011

JANGAN KEDEKUT SEMASA UJIAN

HARI jumaat lepas, aku ada test MGT 162 kat dalam dewan..campur semua kelas..aku memang pakat-pakat dengan member2 aku nak tolong-menolong sesama islam la katakan..tapi aku rancang aku yang tak terjebak sebab masa aku nak duduk sebelah komplot2 aku tiba2 aku kene marah sebab pilih2 tempat..dengan dukacita aku duduk belakang kak mas..tapi okey la sebab dekat2..

Dah duduk sebelah orang lain tu, kenelah cari komplot baru..so, aku pun cuba beramah mesra dengan orang sebelah cakap nak jenguk2 papper dia nanti..tapi dia pulak buat muka sengal dan cara pandangan macam menghina..aku dah terkesima..aku bukannya tak baca buku, cuma tak hafal je..huh!!!



time test, aku pun buat je la apa yang aku tahu sebab tengok papper member2 depan aku dah berisi..dah siap tulis, aku tengok papper budak muka sengal sebelah aku-kosong..aku ni bukannye kedekut sangat kalau bab2 meniru ni,tapi disebabkan sikap dia awal2 tadi aku jadi takde mood nak tolong dia..kita patut tolong orang kerana belum tentu kita akan senang berpanjangan..jadi dengan rasa kelam kabut aku pun bangun hantar papper aku kat belakang sebab kejap lagi nak pergi camping kat Gua Tempurung..ahakz..

p/s: tiada soalan yang susah di dunia ini kalau hentam..:)

Jumaat, 17 Jun 2011

WHAT IS OWNER EQUITY

OWNER equity is the total of resources or funds provided for by its owner. Below is a bit about owner's equity.

1.capital
-the amount of money invested by the owner in the business.

2.expenses
-cost of assets consumed or services rendered to earn revenue.

3.drawing
-withdrawals of assets by the owner

4.revenue
-inflow of cash or assets from the sales of goods or services

Isnin, 13 Jun 2011

BAIK MATI

KATA-KATA PROFESSOR UNGKU AZIZ
1.RAJIN BERCAKAP, RAJIN BEKERJA=BAGUS SEKALI
2. RAJIN BEKERJA,MALAS BERCAKAP=KENE BULI
3.MALAS BEKERJA,RAJIN  BERCAKAP=WAYANG CINA
4.MALAS BEKERJA,MALAS BERCAKAP=TAK GUNA
5.MALAS BEKERJA,SUKA MENGADU=NYANYUK
6.MALAS BEKERJA, SELALU PONTENG=BAIK BERHENTI
7.MALAS BEKERJA, SUKA MENYIBUK=BAIK MATI
p/s:aku tak suka itu nombor 2..ciss!!!

Ahad, 12 Jun 2011

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
 
 

Jumaat, 10 Jun 2011

AKIBAT MENGAMBIL JAWAPAN DARI INTERNET

PAGI yang luar biasa dari yang biasa kerana kami sedang berada dalam kelas Fahrin Ahmad..tapi Fahrin Ahmad belum masuk ke kelas..

NORA DANISH: oi, aku belum siap nombor 12!!!arghhhh!!! jiwa kacau...

MASIDAYU: relax..ambo tak buat lagi banyak..asal dah siap banyak ni Nora Danish? bila buat?

NORA DANISH:pagi tadi aku bangun pukul 4.30 pagi nak siapkan..time tu kan internet laju..hehe..

FARAWAHIDA: aku lagi bannyak tak buat,bai..owh..ko salin dari internet ea..

NORA DANISH:ha'a..sikit-sikit tengok buku la..takpe..nanti main exchange papper la..hehe

REMI ISYAK: woi!!!relax la..Fahrin Ahmad baru turun kereta..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FAHRIN AHMAD: let's discuss the answer..Masidayu, answer no. 11..

(berlaku pertukaran kertas antara Nora Daish, past kepada Farawahida dan sampai ke tangan Masidayu..Fahrin Ahmad melihat kejadian itu dan mengkagumi semangat tolong-menolong antara mereka)

MASIDAYU:The singa is a  liar's animal with difference tail with each other like alex in Madagascar..bla..bla..bla..(dibaca dengan tergagap-gagap kerana tulisan Nora Danish seperti tulisan tangan di botol ubat)

FAHRIN AHMAD:what? kenapa masuk Madagascar, singa semua ni? kita kan belajar akaun? you should explain about assets..

NORA DANISH:( ketawa sampai Fahrin Ahmad pandang pelik tapi buat dek je)

FAHRIN AHMAD:(membebel panjang sebab dah nampak Masidayu baca jawapan orang,salah pulak tu,tak siap kerja..)

NORA DANISH:( bengang sebab jawapan salah..padahal Fahrin Ahmad sendiri cakap dalam buku tak lengkap..kene buat rujukan tambahan..suruh search google la..

p/s:rujukan terbaik carilah di perpustakaan ;)

Khamis, 9 Jun 2011

MARI TENGOK!!

AKU ada kene buat blog untuk assignment aku..blog yang ni pon terkial-kial nak curi masa untuk update,ni tambah blog lain pulak..10 peratus pulak tu markahnya..jadi,kalau ada sapa-sapa nak tengok blog aku yang full english, klik sini....tapi english aku berterabur..huhu..kalau sudi boleh la tegur-tegur mistake aku dalam penulisan kat blog itu..yang kat blog ni tak payah la tapi kalau nak tegur jugak boleh je..tegur la,tegur la, aku tengah hati kering ni :)

p/s:hati kering tapi jiwa kacau!!!assignment berlambak :(

Selasa, 7 Jun 2011

DEFINE ASSETS AND EXAMPLES OF ASSETS

1.NON-CURRENT ASSETS
-assets that have a useful life more than 1 year. It used in business operations to generate profit.
e.g. land and building,plant and machinery, vehicles, notes receivable, real estate

2.CURRENT ASSETS
-can be converted into cash within 1 year.
e.g. stock, debtor, cash in hand, accounts receivable, inventory

3.INTANGIBLE ASSETS
-is assets that cannot see with eyes.
e.g. patents, copyright, franchises, godwill, trademarks

4. INVESTMENT
-assets get by buying share on companies.
  1. Investments in securities such as bonds, common stock, or long-term notes.
  2. Investments in fixed assets not used in operations (e.g., land held for sale).
  3. Investments in special funds (e.g. sinking funds or pension funds).
p/s; resourses :http://en.wikipedia.org/wiki/Asset, Albar :)

Khamis, 2 Jun 2011

TAK BOLEH KOMEN?

KEBELAKANGAN ni aku memang busy dengan assignment..walaupun tak sampai seminggu aku meenghadiri kuliah tapi belambak kerja nak buat..lagi satu, dek kerana lama aku tak sign in blog ni, komen orang pon aku tak boleh balas..nak sign in pon bertukar emel dan x dapat dikesan..aku tak tahu!!!!!!!

Ahad, 29 Mei 2011

NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

Sabtu, 28 Mei 2011

TAK PERCAYA:BE NUFFNANG BERTAMBAH?

DAH genap 7 hari aku tak update blog disebabkan kesuntukan masa..tup..tup.. aku tengok BE aku dah meningkat..ahakz..
layan je la entri ni ea..

pengunjung sikit je tapi BE naik RM 2..haha..trima kasih nuffnang..:)

SEMINGGU DI UiTM SEGAMAT

HARINI aku ada masa sedikit nak layan blog aku ni..minggu destini siswa (MDS) baru tamat semalam jadi aku dah ada masa..hehehe..ramai student balik rumah tapi aku tak..aku memang malas nak balik lagi-lagi mak pak aku gi laut..ermm..

Ada banyak perkara aku belajar tapi sikit je yang lekat sampai sekarang...nak tau?

1.UiTM ni satu satunya universiti yang menyokong kerajaan( UMNO)
2.Orang melayu perlu berusaha
3.hak orang melayu dicabuli
4.umpil pintu
5.pinky boy (aww)

6.peghulu yang berani meminta maaf  secara umum (bakal pemimpin negara)
7.pak cik ahmad
8.analisis pelaburan(investment analysis) memang meremang susah
9.6 hari tak berak.ahakz.
10.sakit tekak,selsema,batuk,sembelit..ahakz
11.spek bingkai hitam..

p/s;hope roomate aku a.k.a senior baik hati..amin..


                                                           

Jumaat, 20 Mei 2011

SIBUK

BUNYI radio beserta dengkuran seisi rumah kedengara..semuanya telah lena kecuali aku..duduk menghadap komputer menaip bait-bait perkataan..

Memang penat mengemas barang-barang..esok dah kene daftar kat UiTM Segamat..aku memang malas betul sebenarnya nak sambung belajar..nak kata course yang dapat tak diminati,semua aku tak minat..tak minat nak sambung belajar..tapi memandangkan bapak aku bangga gila aku dapat tawaran ni aku chow je la..pergh..kene tukar stail..mencik!!!

Macam-macam aku pikir..er..entahlah..tulis kat blog je la..ermm..senang ke nak lepaskan orang yang tersayang?erm..entah la..kalau nak tinggal family,5 tahun aku duduk hostel..dah biasa..tapi..tapi..tak tahu!!!aku nasihat member aku tapi aku sendiri pun buntu..tapi aku tahu member aku sebenarnya macam aku..biar dia..

Aku sangat busy..

p/s:setan betul!!aku beli buku takde muka surat..salah cetak..pergh!!!batal niat aku nak belajar asas akaun..uwekk..belajar kat u je la..

Rabu, 18 Mei 2011

CERMIN

Pagi yang suram. Cermin itu berada di atas katil John walaupun cermin itu kepunyaanku ,Mask. Dia pijam. Tapi dia tak letak balik dalam loker aku. Aku pun tak kisah kerana aku seorang yang simple. Roy  pun guna cermin aku. Penghuni lain di dorm itu turut menggunakan cerminku untuk berdandan  walaupun disediakan cermin yang lebih besar di dalam dorm itu. Kecantikan adalah hak milik setiap insane..
Suatu hari mataku terpaku pada sesuatu objek didalam bakul sampah..cermin itu telah pecah..aku berasa sangat terkejut lalu pergi menemui Roy..dia pun bercerita..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Dew :Roy, sebenarnya aku nak minta maaf sangat-sangat..aku tak sengaja..tapi nanti aku ganti tau..err..kau  ingat tak?bendanya bulat-bulat, berwarna merah..hari-hari kita tengok dia..
Roy: apa tu? Entah..
Dew: aalah, cermin..cermin tu dah pecah..nanti aku  ganti ea..aku  tak sengaja..masa aku nak letak atas katil kau tiba-tiba jatuh..pastu pecah..hehe..
Roy:huh? Eh,jangan menggelabah..sebenarnya bukan cermin aku..
Dew:habis tu, siapa punya?
Roy:entah la.. John punya kot..
Cerita tergantung..Aku tidak berpuas hati dan kemudian aku mencari John untuk kepastian..aku termangu mendengar penjelasan John..
Dew:John.. aku sebenarnya nak minta maaf sangat-sangat..aku tak sengaja..tapi nanti aku ganti tau..sebenarnya aku terpecahkan cermin kau..aku tak sengaja masa tu, nak letak atas katil tetiba terjatuh..sorry tau..
John:cermin? Owh..sebenarnya tu bukan aku punya, Mask punya..aku Cuma pinjam je..Mask mana guna sangat cermin dia tu..dia ka dah hensem..huhu..
Dew: la..yeke???haish..berapa orang lagi aku kene jumpa ni???
Aku tersengih mendengar ceritanya..aku kembali masuk dorm..tiba-tiba Dew jumpa aku..

Dew:Mask,kau ada cermin tak?
Mask:ada..tapi aku tengok dah pecah..
Dew:eh,aku yang terjatuhkan cermin kau..
Mask:owh..apa tunggu lagi, ganti la..
Dew: berape ringgit?
Mask: RM 20..nampak je murah tapi faham-faham je la..
Dew:okey..nah, ambil ni..
Mask: toceh..toceh..hehe..(sebenarnya Cuma RM 2)

Dapat aku duit lebih..misteri selesai,duit pun dapat..terasa diriku seperti detektif..
p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata..kepada yang terasa memang perasan..

Ahad, 15 Mei 2011

PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN OTAK LUPA

1.Makan kepala ikan
2.Miniman atau makanan yang dicemari semut
3.Makan yang diselang-seli dengan mium
4.Makan organ dalaman seperti hati,jantung,paru-paru,perut dan sebagainya
5.Membaca nama di batu nesan
6.Berdiri di celah-celah binatang
7.Melihat najis semasa membuang air
8.Melihat kemaluan

  9.Melihat buih nasi semasa nasi mendidih
10.Kencing berdiri
11.Makan makanan yang masam
12.Meniup api ilin

Sabtu, 14 Mei 2011

PAHALA SEBANYAK BINTANG DILANGIT



Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya Sayidatina Aisyah r.ha. mengagak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.
 

Khamis, 12 Mei 2011

AMUKAN WARGA FACEBOOK!!

KECOH harini tentang facebook..kalau nak ikut hati memang nak delete akaun Facebook tapi apakan daya, Facebook ni lah antara tempat famous aku ping entri..bukan kat wall aku, wall member-member aku pun jadi mangsa..tapi dah mintak izin..hehe..

Aku dapat notification tentang bende alah ni, cakap nak elak spam..jadi aku tak approve sebab aku ni salah seorang spammer..sampai pernah kene banned dalam facebook..huh!!kedekut!!! Ni aku tunjuk sikit pasal virus ni agar tak terpedaya..


nasib baik kawan aku bagi amaran tadi
kalau tak memang aku pun menyebarkan kat orang tanpa disedari..ermm..aku memang tak suka dengan virus penyebaranni..mesej berantai pun member aku pernah kene warning dengan aku sebab suruh aku duk sebarkan..sebab aku pun takut..heee..

Adakah spammer ni banyak sangat sampai wujud mesej spammer tanpa disedari macam ni? Dah la nak ping entri kat Facebook pon kene word verification..ermm..naseb..naseb..

p/s; kami benci virus!!

Rabu, 11 Mei 2011

HMMM..DAH LEPAS GIAN

AKU bahagia hari ini disebabkan 2 perkara..

pertama..
tadi aku pergi Bank Islam nak bukak akaun untuk UiTM..dipendekkan cerita, aku pun duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu permohonan diproses..duduk di kerusi..duduk di kerusi..aku tahan je, pakcik sebelah aku ni duduk tak reti diam..dia goyang-goyang kaki dia..aku sakit hati sebab aku pun bergegar jugak!! Jadi aku mengambil inisiatif untuk menegurnya secara berhemah tapi aku tak tau bagaimana..aku ni pemalu..jadi aku pun gegarkanlah kaki aku lagi kuat bertujuan biar dia terganggu dan stop gegar kaki dia!!biar dia faham la kononnya..tapi dia gegar lagi kuat pulak..perghhh!! Berasap gila aku..aku pun gegar lagi kuat..hahaha..lepastu dia bangun..hahaha..pergi kaunter sebab nama anak dia kena panggil..rasa macam akan satu kampus dengan aku je anak dia tu..err..yang penting aku suka dah tiada ganguan gempa bumi kecil..huh!!

kedua..
mak aku dapat surat pasal akaun bank aku..katanya umur aku hampir 18 tahun dan nama mak aku secara automatik akan bertukar kepada nama aku..tapi sedikit sahaja..gembira, tapi..aku taknak jadi dewasa..orang dewasa banyak masalah,banyak fitnah,banyak rasuah,banyak hipokrit,banyak kontroversi,banyak tanggungjawab,banyak menindas dan banyak lagi..aku taknak terjebak ke alam dewasa..takut..kalau aku tak matang pun takpe sebab aku bukan calon perdana menteri..haha..

Aku sebenarnya tak tahu cara berhemah nak tegur orang..yang aku tahu menganjeng orang..aku rasa aku perlu berubah..kalau siapa-siapa yang boleh bagi idea cara berhemah nak tegur kesilapan orang ajar lah aku..

p/s: balik singganh makan mee hoon sup :)

KENAPA AKU LULUS JPJ?

HARI Isnin lepas,semalam semalam, aku pergi test jpj kat bunga raya, bunga kebangsaan kita..tapi ini bunga raya nama institut memandu bunga raya..

Datang-datang pergi daftar dapat nombor 22..nombor bertuah tu..harap-harap kalini lulus..malas nak buang duit mak aku lagi..huh!

Mula-mula buat bukit..pergh..tayar masuk aku tengok lagi 1 mm nak keluar tapi aku beranikan diri angkat tangan..lepas..hehe..okey, buat parking pula..yes! dah siap semua step-step parking..tengok tayar, terkeluar garisan! Mana silap aku? Jadi, aku mengambil langkah berani mati..aku kedepankan kereta(tak pernah cikgu ajar)  sedikit je..kemudian undur balik..yes, masuk..fuh selamat! Dengan muka yang pucat seperti mayat aku tekan hon..tapi tak bunyi!! Rupanya salah button..button dekat tepi,bukan tengah..adees...tiba saat yang aku paling menggelabah,3 point turn (aku fail hari tu sebab tak buat ni)klik sini kalau nak kutuk..masuk je la..tiba waktu nak undur, kene berhenti pada garisan selari ..selesai..nak pusing stereng..oh tidak! sepatutnya berhenti pada garisan kat belakang!Silap dah..aku pun buat muka tahi undur lagi..dah lebih 3 kali da..aku dengan geram sebab dah sah-sah fail terus tekan minyak kuat-kuat keluar dari petak neraka tu..aku dah buat drift dalam kawasan tu..marah gila..berasap!!!

mungkin aku cuma layak memandu kereta kuda sebenarnya :(
Kemudian aku pergi kat pondok jpj nak ambil borang tadi..tengok-tengok dah ada dalam bakul..semua tanda right..eh,biar betul? Err..betullah tu..aku lulus..ermm..

Jadi, moral cerita ni sebenarnya, kalau dah kandas semasa percubaan pertama ujian memandu hendaklah menghadiri kelas tambahan, jangan malas macam aku..membazir je mak aku bayar..sudah-sudah semua blur..nasib baik lulus..Alhamdulillah..

p/s: sebenarnya aku lupa gear reverse..hehehe

Isnin, 9 Mei 2011

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Ahad, 8 Mei 2011

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-
empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
 

APABILA BAPAK AKU CEPUK DENGAN BANTAL

BAPAK dan ibuku pulang pukul 5 pagi semalam..baru balik dari laut..aku yang sedang lena membute terjaga dan kemudian tidur kembali..esok pagi aku cakap dengan mak dan pak aku malas nak masuk u..aku nak amek Form 6..bla..bla..bla..aku memang pemalas pon nak belajar lama-lama..naseb baik spm 2 tahun je sekolah..fuhh!!

Tiba-tiba bapak aku cepuk muka aku dengan bantal..huhu..nasib baik bantal kecik..dah aku kene dengar ceramah free dari dia..kalau membebel mamang kalah mak aku..aku lagi suka mak aku bebel berjam-jam dari dengar bapak aku membebel 1 minit..eeee..tak suka..


Selepas itu, aku pun cakap "yelah,yelah..masuk u.."jadi aku pun agaknya masuk la u kot kalau tanak kene cepuk lagi..ambil la aku diploma analisis pelaburan..err..mungkin aku kena belek buku tingkatan 3 kemahiran hidup..erm..cukup lah sangat..kacau je plan aku nak enjoy sampai hujung tahun..tapi kira nasib baik sikit je la sebab ada kawan-kawan aku isnin ni masuk form 6..aku lak test jpj..perhh..memang tanak bagi aku masuk form 6 agaknya test jpj pun sama waktu dengannya..


Tapi kalau nak difikir-fikir balik bersyukur la jugak dapat u dari member aku yang nak masuk u tapi tak dapat..kene mohon lagi sekali kot..agak-agak kalau aku mohon kelapan-lapan pilihan berkaitan sains pasti aku pun get lost tak dapat u..nasib baik la aku tak harap sangat dengan sains..hoi!tapi aku tak pernah menyesal ambil sains semasa form 4 & 5 tau..boleh buat sabun mandi sendiri tau..lalala...


p/s: doakan aku lulus test jpj kali ni tau..:)

Sabtu, 7 Mei 2011

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala        selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Jumaat, 6 Mei 2011

JIBRIL AS, KERBAU, KELAWAR DAN CACING

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".
p/s; sayu hatiku membaca artikal ni..