Jumaat, 21 November 2014

Township Yang Gila

LUPAKAN apa sahaja posisi. Terlentang. Terlungkup. Berdiri. Berjalan. Semua aku lupa. Apa yang aku tahu, semua order aku kena settle. Customer is always right. Statement popular di kalangan pengguna itu turut menjadi pengangan gamers especially pemain Township. Bagaimana aku tahu? Kerana aku salah seorang gamers. Tiada customers, tiada coins. Bandar pon tidak dapat berkembang.

Sekadar hiasan. Aku dah level 37

          Aku main Township melalui android. Township di Facebook macam lain sikit dari hand phone aku. Entahlah.  Apa aku tau, games ini merupakan sebuah game perancang Bandar yang agak susah sedikit setakat ini sebab kau tak boleh kutip sewa rumah. Cuma order customer yang bagi kau coins. Lain, kalau kau bertuah baru dapat cabutan bertuah coins di House of Luck atau hadiah dari friends gamer kau. Setakat jual products tu untung sikit je.

          Bila train sampai, bunyi la keretapi dia tu. Bila susu lembu dah siap perah, bunyi la suara lembu tu. Macam-macam bunyi pelik lain lagi la yang keluar tiba-tiba dari handphone aku. Tak kira kau kat mana, dia bunyi je tanpa makan saman macam bayi yang berak, mana pilih tempat. Masa kau tengah sembahyang Jumaat pon dia boleh bunyi kalau tanaman dia dah bersedia untuk dituai. Hairan bin Ajaib bila silent pun bunyi juga.

          Pendek kata, bunyi-bunyi aneh ini la yang menolong aku mencantikkan lagi town aku. Selalu bunyi, rajin update la. Yang penting gamers kena pandai bahagi masa. Kalau tak, kau cuma membusukkan nama gamers. Gamers bukannya si pembuang masa semata, malah melalui games juga mengajar erti kehidupan. Contohnya, semakin tinggi level kau capai, semakin susah cabaran yang kau hadapi. Inilah realitinya dalam dunia game atau nyata. Yang penting kau jangan addict sangat sampai tahan kencing.


p/s : kalau bunyi time kau tengah interview lagi epic, lagi-lagi bunyi lembu dia mengemoooo.